KELEBIHAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH
Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali - tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM1000, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:
a)Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dana drp peserta runcit akan dikumpulkan untuk menjadikan modal yang lebih besar dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak.
Risiko boleh dikurangkan dengan kepelbagaian. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.
b)Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.
c)Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional. Pengurusan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka yang mendalam didalam bidang ini.Pengawasan portfolio pelaburan dibuat secara berterusan berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.
d)Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.
KEKURANGAN MELABUR DALAM UNIT AMANAH:
a)Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.
b)Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.
Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.
c)Tiada kawalan keatas pelaburan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.
Thursday, 29 January 2009
Apakah Kelebihan dan Kekurangan Melabur Dalam Unit Amanah ?
Posted by Rosmin Adam at 10:36 0 comments
Labels: Public Mutual Bhd
Monday, 26 January 2009
Kios Pintar KWSP Kini Di Public Bank
Ahli KWSP kini boleh mencetak penyata dan mendaftar i-Akaun di Public Bank melalui kios KWSP. Cawangan Public Bank yang menempatkan kios KWSP adalah seperti berikut:
1.Grd Floor, Menara Public Bank, 146 Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
2.36 & 38, Jln Maarof, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
3.1,3 & 5, Jln 4/96A, Tmn Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur.
4.66, 68 & 70, Jln Burhanuddin Helmi, Tmn Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
5.69 & 71, Jln Batu Nilam 1, Bdr Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor.
6.1557, Jln Kota, 05000 Alor Setar, Kedah.
7.133, 133A-D, Jln Dato Lau Pak Khuan, Ipoh Garden, 31400 Ipoh.
8.79-85, Jln Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan, Pahang.
9.2684 & 2685, Jln Chain Ferry, Tmn Inderawasih, 13600 Prai, Pulau Pinang.
10.87, Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang.
11.44-46, Jln Dato Lee Fong Yee, 70000 Seremban, Negeri Sembilan.
12.G1 & G2, Wisma Daiman, 64 Jln Sulam, Tmn Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor.
13.1, 1A & 1B, Jln Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
14.Lot G,1 & 1.1, Menara MAA, 6 Lorong Api-Api 1, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
15.566, 567 & 568, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka.
16.28, China Street, 98000 Miri, P.O. Box 428, 98007 Miri, Sarawak.
Kios pintar KWSP ini telah mula beroperasi pada 29 September 2008 dan maklumat waktu operasi kios tersebut adalah seperti berikut:
Waktu Operasi:
Menara Public Bank, Bangsar, Cheras, TTDI, Klang, Alor Setar, Ipoh, Kuantan, Prai, Pulau Pinang, Seremban, Terengganu & Miri
Isnin - Ahad (7.30 pagi to 9.00 malam)
Tutup pada hari Sabtu kedua setiap bulan.
Johor Bahru
Isnin - Jumaat (9.30 pagi to 4.00 petang)
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Sekiranya ahli KWSP mempunyai masalah berhubung penyata kira-kira mereka, mereka boleh menghubungi Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000 untuk mendapatkan penjelasan. Bagi pengaduan tentang kerosakan kios, sila hubungi pegawai bank yang ditugaskan.
Lawati laman Pejabat-pejabat KWSP untuk mengetahui senarai lengkap pejabat KWSP yang mempunyai Kios Pintar.
Sumber : KWSP
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2news&pg=bm_p2news_highlights&ac=2744
Posted by Rosmin Adam at 16:46 0 comments
Labels: Public Mutual Bhd
SKIM PELABURAN AHLI KWSP AKAUN 1 DALAM PUBLIC MUTUAL BHD
PENGENALAN
Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).
DEFINISI SIMPANAN ASAS
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.
SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan belum mencapai umur 55 tahun.
2. Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
3. Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual di bawah.
4. Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
5. Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.
Posted by Rosmin Adam at 08:42 0 comments
Labels: Public Mutual Bhd
Anda Kenal Public Mutual ?
PUBLIC MUTUAL BHD - SYARIKAT UNIT AMANAH NO.1 DI MALAYSIA
Public Mutual Berhad kini merupakan syarikat unit amanah swasta no. 1 dan terbesar di Malaysia pada masa ini; menguruskan dana-dana bernilai RM26.3 bilion (Sumber: The Edge-Lipper, 18 Ogos 2008) dengan jumlah melebihi 1,800,000 pemegang akaun di seluruh negara. Ia hanya berada di tempat kedua di belakang Permodalan Nasional Berhad (PNB), jika syarikat unit amanah tajaan-kerajaan itu diambilkira.
Public Mutual Berhad telah diperbadankan pada 21 Julai 1975 merupakan perintis di dalam industri unit amanah dan telah melancarkan dana sulungnya, Public Savings Fund di dalam bulan Mac 1981. Sejak daripada itu, Public Mutual telah mempunyai pengalaman melebihi 28 tahun di dalam pengurusan unit amanah dan kini menguruskan enam puluh tujuh (67) dana dari pelbagai sektor di mana dua puluh empat (24) daripadanya adalah dana Islam.
Sebagai subsidiari kepada Kumpulan Public Bank, Public Mutual mewarisi budaya korporat berorientasi kecemerlangan Kumpulan Induknya serta integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana unit amanahnya. Sehingga kini Public Mutual telah dinobatkan sebagai pemenang sebanyak 120 anugerah prestasi dana dari tahun 1999 dan kekal sebagai pengurus dana unit amanah yang menerima paling banyak anugerah prestasi dana di Malaysia.
PUBLIC MUTUAL BHD - SYARIKAT KEWANGAN YANG KUKUH DAN CEMERLANG
Public Mutual sebagai anak syarikat milik penuh Public Bank bersiap sedia memiliki budaya korporat berorientasikan kecemerlangan Kumpulan dan mempunyai integriti kewangan berpiawaian tinggi di dalam pengurusan dana-dana Unit Amanahnya.
Pasukan Pelaburan Public Mutual terdiri daripada sebuah kumpulan yang mengandungi 13 pengurus portfolio yang disokong lebih daripada 20 penganalisa pasaran pelaburan. Public Mutual mengamalkan falsafah pelaburan berasaskan nilai yang menggabungkan pendekatan dari Atas-ke-Bawah (Top-Down) dan Bawah-ke-Atas (Bottom-Up) di dalam proses pelaburan. Pendekatan Atas-Bawah mengambilkira faktor-faktor seperti pandangan makroekonomi, putaran perniagaan semasa, trend kadar faedah dan faktor-faktor ekonomi yang lain. Selepas menilai situasi pasaran secara keseluruhannya, pendekatan daripada Bawah-ke-Atas digunakan bagi membina portfolio dana.
PENASIHAT SYARIAH DANA ISLAM PUBLIC MUTUAL
IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).
Posted by Rosmin Adam at 00:50 0 comments
Labels: Public Mutual Bhd
Sunday, 4 January 2009
Why We Must Choose Prudential BSN Takaful Bhd ?
Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) was given the approval to operate a Takaful business from Bank Negara Malaysia in early 2006. PruBSN is a partnership between Prudential Holdings (Prudential) and Bank Simpanan Nasional (BSN), two financially strong companies in their respective fields of expertise.
Founded in 1848, Prudential began as a leading life and pensions provider in United Kingdom. Today, it is one of the world's largest financial services group. Through Prudential Assurance, the Prudential brand has been in Malaysia for over 80 years. BSN, launched in 1974, has today a 9 million customer base serviced by 5,100 employees in nearly 400 branches nationwide. It is a statutory body under the Ministry of Finance.
The partnership provides a solid structure for PruBSN in view of Prudential Assurance's strength in agency distribution as well as BSN's impressive corporate presence. The strong branding and identity of the two companies have created a vast opportunity for PruBSN to accelerate the growth of the Takaful industry in the country.
PruBSN's vision is to be a world class Shariah compliant financial solutions provider . We would also like to instill the importance of family value and the spirit of togetherness amongst its employees, partners and customers because in PruBSN,
We Understand, We Care.
Posted by Rosmin Adam at 15:25 0 comments
Labels: Prudential BSN Takaful Bhd
Kad Perubatan Komprehensif - Jamin Bantu Selesaikan Bebanan Bayaran Hospital ( Siri 1 )
Boleh dikatakan setiap staff KPJ ( dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya ) termasuk pegawai kanan , ketua department , jururawat , juru x-ray , farmasi , kerani , akauntan dan sebagainya telah mempunyai perlindungan kesihatan daripada majikan. Begitu jugalah dengan staff dan pelajar-pelajar di KPJIC . Kebanyakkan staff telah diberikan peruntukan perlindungan kesihatan hospital sebanyak RM 10,000 setahun untuk diri & ahli keluarganya sekali gus.
Bagi pelajar pula , untuk mendapatkan perlindungan kesihatan ini mestilah mengambil Kad Perubatan yang disediakan oleh pihak kolej sebanyak RM 10,000 setahun daripada syarikat Alliance Assurance. Bayaran tahunan dikenakan ke atas pelajar atau penaja untuk mendapatkan perlindungan kesihatan ini .
Berikut Kos Pembedahan Anggota Badan Di Malaysia pada tahun 2004 yang lalu :
Tidak dinafikan , memang banyak kebaikannya apabila seseorang itu telah mempunyai perlindungan kesihatan seperti itu . Perlindungan kesihatan yang diberikan itu sewajarnya diterima . Tidak boleh ditolak kerana banyak kebaikannya. Walaupun jumlahnya nampak sedikit , ianya tetap RM dan cukup berharga bagi orang yang menghargainya.
Namun begitu , bagi pendapat saya terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang ketara yang mungkin tidak disedari oleh staff KPJ ( dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya ) dan di KPJIC terutamanya . Diantaranya kekurangan yang dapat dikesan , ialah ;
1. Apakah jumlah RM 10,000 yang diberikan itu mencukupi untuk membayar kos pembedahan dan penghospitalan anda , apabila anda menjalankan rawatan / pembedahan akibat kanser , jantung , paru-paru , otak dan seumpamanya yang melebihi daripada RM 10,000 ??
Apabila jumlah rawatan/pembedahan melebihi RM 10,000 , apakah yang akan berlaku pada diri anda ? Adakah anda akan menghadapi masalah untuk membayarnya ? Apabila tidak mencukupi , sudah pasti anda akan menggunakan duit sendiri atau potong gaji bulanan untuk membayar lebihan bayaran hospital yang tinggi itu. Sekarang baru anda tahu , bahawa anda sedang menghadapi masalah untuk membayarnya .
2. Apakah perlindungan perubatan daripada majikan atau kad perubatan yang disediakan oleh pihak kolej itu merupakan perlindungan yang komprehensif ?
Cuba tanya dan lihat kembali perjanjian perubatan yang telah anda meterai itu . Banyak bahagian dan kes-kes tertentu yang tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan yang diberikan itu. Alasannya kerana kosnya terlalu tinggi dan mahal.
Apakah yang berlaku apabila penyakit atau bahagian anggota badan anda tidak dilindungi oleh perlindungan perubatan itu ? Sudah tentu , anda akan menghadapi masalah yang besar kerana terpaksa membayar sendiri bayaran kos hospital itu dengan duit sendiri.
3. Apakah perlindungan perubatan yang anda miliki itu mempunyai pulangan tunai ?
Saya cukup yakin bahawa perlindungan kesihatan yang anda miliki itu tidak mempunyai nilai pulangan tunai . Samada anda pernah menggunakan perlindungan kesihatan itu ataupun tidak , yang pasti 0 % pulangan tunai untuk anda. Sekiranya anda membayar atau sponsor anda membayar untuk mendapatkan perlindungan perubatan itu , anda tidak akan mendapat apa-apa apabila anda berhenti kerja atau tamat belajar di KPJIC .
4. Apakah perlindungan kesihatan yang diberikan itu mempunyai Jaminan Pembaharuan Pelindungan setelah dihinggapi penyakit yang kritikal ( seperti jantung , kanser ) atau setelah anda menggunakan jumlah RM 10 ,000 itu ?
Kebanyakkan perlindungan kesihatan tidak memberikan jaminan pembaharuan apabila berlaku perkara-perkara seperti itu . Pesakit akan menggunakan duit sendiri apabila menghadapi risiko penyakit yang kritikal buat kali yang kedua atau setelah pesakit itu telah pun menggunakan peruntukan RM 10,000 itu , walaupun sedikit.
5. Apakah yang berlaku sekiranya anda berpindah tempat kerja atau tidak lagi bekerja di bawah naungan KPJ atau KPJIC ? Apakah perlindungan kesihatan yang anda miliki itu boleh “ditransfer “ ke tempat yang baru ?
Dijamin tidak boleh ditranferkan . Anda akan bernasib baik sekiranya majikan baru anda menyediakan perlindungan kesihatan untuk anda . Sekiranya tidak disediakan , anda akan berusaha sendiri menyediakan wang rawatan kesihatan daripada gaji anda sendiri. Ataupun anda akan mencari dan membeli Kad Perubatan yang disediakan oleh mana-mana syarikat insurans atau takaful . Malang bagi anda sekiranya ketika itu anda telah mempunyai penyakit kritikal seperti jantung , hati , otak , kanser dan sebagainya. Mana-mana syarikat insurans atau takaful tidak akan menerima permohonan anda sekiranya anda telah menghidapi penyakit seperti itu.
Hanya Kad Perubatan Hospital Komprehensif yang dapat memberi jaminan menyelesaikan masalah bebanan membayar kos hospital anda. Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang . Jumlah daripada majikan tidak mencukupi.
Fenomena ini bukan hanya kepada KPJ @ KPJIC sahaja. Kakitangan kerajaan juga akan menghadapi masalah yang sama. Walaupun anda kakitangan kerajaan , tidak semua penyakit anda ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya ditanggung juga oleh kerajaan , anda terpaksa menunggu giliran yang agak lama untuk mendapatkan rawatan / pembedahan . Sehingga banyak kes pesakit mati kerana lambat menerima rawatan /pembedahan .
Di samping itu juga , anda akan diwadkan ke hospital kerajaan yang anda sendiri telah mengetahui “ karenah “ yang terdapat dalam hospital itu. Keadaannya berbeza seperti di hospital swasta seperti KPJ Hospital , Asia Columbia Hospital , Gleneagle Hospital dan sebagainya.Sudah tentu anda tahu .... Keadaan dan perkhidmatan yang diberikan oleh hospital swasta adalah lebih cepat , selesa dan memuaskan hati anda.
Untuk mengetahui ciri-ciri Kad Perubatan Hospital Komprehensif , nantikan tulisan Kad Perubatan Hospital Komprehensif – Jamin Bantu Selesaikan Bebanan Bayaran Kos Hospital Anda ( Siri 2 ) tak lama lagi......... ROSMIN ADAM.
Posted by Rosmin Adam at 01:44 0 comments
Labels: Kad Perubatan Komprehensif
Apa sebenarnya Perancangan Kewangan ?
Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang, terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya? Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta, dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta mencapai matlamat kewangan.
Apa yang termasuk dalam Perancangan Kewangan?
Berikut ialah sebahagian elemen dalam perancangan kewangan:
PENGURUSAN ALIRAN TUNAI , membabitkan:
* menilai nilai bersih kewangan yang ada sekarang (apa yang dimiliki ditolak hutang yang ada). Ini secara amnya akan menunjukkan kepada anda sama ada anda bakal menikmati kebebasan kewangan atau mengalami masalah kewangan.
* belanjawan
* menghapuskan hutang
* membuat tabungan.
PERANCANGAN PELABURAN
* setelah anda menentukan jumlah wang yang ingin ditabung, anda patut menimbangkan pula di mana hendak melaburkan wang itu dengan matlamat untuk mendapat pulangan lebih tinggi dibandingkan dengan akaun simpanan yang biasa. Satu strategi pelaburan perlu dibentuk supaya anda mendapat kejayaan besar dalam mencapai matlamat kewangan anda.
PERANCANGAN INSURANS
* pastikan supaya semua aset dan keluarga anda dilindungi oleh insurans secukupnya.
PERANCANGAN CUKAI
* perancangan cukai membabitkan semua orang yang mempunyai pendapatan, namun ini yang selalu tidak diambil berat atau dilupakan oleh kebanyakan orang. Oleh itu, perancangan cukai membabitkan strategi untuk menikmati yang terbaik daripada pendapatan, saham, harta tanah dan harta lain yang anda miliki, bawah sistem cukai tempatan.
PERANCANGAN PERSARAAN
* anda tidak akan bekerja sepanjang hayat. Apabila tanda-tanda usia meningkat sudah bermula atau anda telah mencapai usia mesti bersara, anda terpaksalah bersara. Oleh itu, amat mustahak mempunyai pelan kewangan.
PERANCANGAN HARTA
* mempunyai perancangan harta atau wasiat dapat memastikan kehendak anda terhadap kedudukan masa hadapan keluarga akan dilaksanakan. Selain itu, perancangan harta atau wasiat dapat menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga anda, memastikan harta anda terpelihara dan diberikan kepada waris-waris anda, serta mengelakkan perselisihan antara ahli keluarga.
Akhir sekali, pelan kewangan yang kukuh sepatutnya bukan sekadar membeli satu pelan insurans atau unit amanah sahaja, tetapi perlu merangkumi keempat-empat kunci utama membina kekayaan iaitu, pengumpulan harta, pengurusan harta, perlindungan harta dan pengagihan harta.
Sumber : SIDC
Posted by Rosmin Adam at 01:31 0 comments
Labels: Artikel Kewangan